Hari ni dah birthday aku. Officially 23 tahun. Tak tahu nak rasa apa sbb semua campur2. Umur dah meningkat tapi rasa macam banyak lagi tanggungjawab yang tak selesai lagi. Terharu hari ni sbb mostly sahabat2 wish kat grup. Org first wish ofc la kawan baik aku haha. Rindu kek dia :'( Cakap pasal dia, dia ada bagi fake hope nak karang ayat panjang2 tp sampai sekarang takde pun huhu.
12:37 am
Haha tulis tadi tergendala sbb tiba2 ahli rumah datang serang bawa kek. Serius tak sangka langsung ya Allah. Terharu sangat pun ada. Diri ni sangat tak berharap langsung ada yang akan hadiahkan kek sbb dia takde :'( Tapi memang segannya ya Allah sbb diorang sambut walaupun satu rumah tak berapa betul2 rapat lagi. Allah, moga aku akan rasa lagi suasana macam ni lepas aku tamat belajar ni nanti.
Maghrib tadi, ada slot tazkirah mcm biasa. Cuma tajuk hari ni nampak cliche, tapi sangat deep iaitu ISTIQAMAH. Salah seorang sahabat serumah aku cerita betapa susahnya dia nak bawa agama dalam keluarga dia lagi2 dia membesar kat Sabah. Faham2 la memandangkan kat Sabah mmg sangat susah nak rasa biah Islam memandangkan ramai kat sana mostly Katolik. Kadang2 aku terfikir betapa hebatnya diorang yang Allah letakkan dekat situasi macam tu, dan hebatnya Mas ni dia boleh bawa dakwah dekat anak2 sedara dia. Aku tak dapat bayangkan andai aku diletakkan dalam posisi dia. Dan dari tazkirah tadi, aku dapat simpulkan beberapa perkara:
1. Kita takkan mampu beri hidayah pada orang yang kita sayang atau cintai. Macam kisah Rasulullah saw berdoa pada Allah supaya Abu Talib iaitu ayah saudaranya dapat masuk Islam. Tapi Allah tak makbulkan kerana hidayah itu adalah milik Allah, dan Dia akan beri pada siapa yang Dia kehendaki. ALlahu ALlah.
2. Teruskan buat kebaikan sambil membawa dakwah. Kerana kita tidak tahu walaupun kebaikan yang kita buat hanya sedikit, dalam masa yang sama orang memandang perkara itu sebagai dakwah dan tanpa kita sedar, kita dah jadi qudwah untuk orang lain. IKHLAS dalam KEBAIKAN.
3. Niat yang ikhlas, Allah akan buka jalan dan hadirkan bantuanNya kepada kita dari jalan yang kita tak pernah sangka. Jangan pernah berhenti berharap pada ALlah, dan terus letakkan keyakinan pada ALlah tanpa ragu.
4. Istiqamahnya kita akan ditentukan bagaimana pengakhiran hidup kita sebelum pergi menghadap ALlah. Adakah akan berakhir dengan kalimah La Ilaaha Illa ALlah seperti yang didoakan dalam setiap doa kita?
Memang sangat terkesan tazkirah hari ni. Diorang diuji dengan masalah nak bawa dakwah dalam keluarga. Sedangkan aku? :(
Lepas isyak, ada kelas tajwid. Alhamdulillah, aku rasa seronok sangat dengan adanya slot ni. Beberapa hari ni hati tak berapa tenang sbb rasa mcm ada amanah yang besar ALlah bagi untuk ajar diorang baca Quran. Jujur aku selalu rasa kesian pada yang hatinya lembut dan lagi bersih, baru mulakan langkah penghijrahan dan ada yang masih merangkak baca Quran. Rasa macam aku beruntung sangat dapat keluarga yang tekankan Quran pada diri ni dari kecik walaupun aku banyak memberontak. Perasaan bersyukur ni mula aku rasa start zaman sekolah lagi. Aku ada rasa pelik kenapa ada yang tak berapa lancar bacaan Quran masuk tahfiz? Macamana boleh lepas iv? Macamana mak ayah boleh yakin nak lepaskan anak diorang untuk hafal satu Quran? Masa tu aku F1, jadi banyak persoalan timbul kat fikiran aku. Kenapa budak luar susah nak masuk MTS sedangkan aku yakin bacaan Quran diorang lagi baik dari sebahagian budak Kelantan yang tajwidnya agak tunggang langgang. Rasa macam tak berapa baik boleh pikir macam tu tapi yelah masa F1 kan time tu, dan aku dibayangi dengan rasa tak puas hati sbb susahnya orang luar nak masuk sekolah Kelantan.
Tapi bila kita dah faham, akan takdir Allah bahawa Dia dah pilih dan tentukan siapa yang akan layak menghafaz ayat2 Quran, dari situlah aku mula menerima. Bahawa peluang yang ALlah bagi, selalunya manusia memang kebanyakannya tidak menghargai dan bersyukur. Ironinya, manusia akan lebih bersyukur, andai nikmat itu ditarik ALlah ataupun nikmat itu beralih pada orang lain. Kerana manusia cenderung melihat lebihnya orang lain dari melihat dirinya sendiri :(
Berbalik kepada kelas Tajwid tadi, ada perubahan sikit bila aku minta sorang2 sebut huruf dengan makhrajnya. Aku betulkan dari basic dulu. Makhraj dan Al-Fatihah. Dan untuk tadi, nampak improvement walaupun ada lagi yang perlu diperbaiki lagi. Tapi standardlah, baru sekali takkan terus pro. Lidah takkan terus lembut kalau kurang praktis baca Quran. Tak sabar rasanya kalau diorang boleh baca Quran dengan baik dan lancar lepas ni. Lepas ni nak masuk Iqra' dengan Juz 30 dulu sebelum masuk Quran. Moga Allah permudahkan diorang untuk baca Quran :)